Selepas lebih 24 jam, mangsa ketiga yang tersepit dalam insiden kren gantri runtuh di tapak pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) masih belum dapat diturunkan.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi kejadian berhampiran Persiaran Banyan, Jalan Alam Damai mendapati, usaha untuk menurunkan mayat mangsa giat berjalan seawal jam 8.00 pagi tadi.